Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Oct 30, 2012

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN

Jom semak :)
✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,

✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))


copy & paste dr seorang kawan sekolah..
senyum n terperasan sorang2...

pompuan mg mcm ni kan? suke berangan x habis2..hahaha
take noted...mana yg pernah dapat...
so..jangan diragui kasih si dia tu..lalala
gelang > jam tangan > coklat > buku > kad raya (kad ucapan xpenah dpt lg..haha) > kain > cincin (latest) >>>then??? guess what?? hahaa

da...saje je suka suki ngomel2 bila bosan di tempat kerja...:P



Sep 23, 2012

Hadiah terbaik

Hadiah Terbaik


Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Sep 18, 2012

Bila nak kahwin?

Selalu sahaja orang tanya bila nak kahwin? maklum la...umur 24 mcm ni..dikatakan sudah boleh bernikah..ni jawapannye kalu ada orang tanya kita bila mahu nikah?? read..:)

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH


A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~ ^__^

Sep 13, 2012

Kalau Jodoh Tak Kemana

Wahh...sukenye ak...
nak cari novel kalau jodoh tak ke mana..seronok bru bc entry dia...
entah mengapa dari semalam lg dok pikir nk beli ke x novel ni..
hari ni mesti cari jgk kt mph alamanda..
karya jemari seni (JS).
sukanya....

ni link nyer   http://www.jemariseni.com/js-novel/346-novel-umum-ogos-2012-kalau-jodoh-tak-ke-mana--naurah-iman.html

novel ni ak baru aje baca 1/10...kenapa terasa macam dekat aje bile baca novel ni....
Macam ada kena ckit dgn aku kot...
Macam aku plak masuk dlm novel tu..haha
and orang yg aku admire sekian lama pn ada dlm tu...tp mungkin dalam situasi n watak yg berbeza..:)
mari teruskan pembacaan..:)

Sep 2, 2012

Hidup ini bukan telenovela....

Semalam...aku terbaca artikel nie...dan hari ni...aku tetap mengulanginya lagi....memang benar2 memberi kesan...ya...memang kita sebagai wanita perlu kuat...jangan mudah mengalah....moga Allah kuatkan hatiku...moga dua hati ini akan disatukan suatu masa nanti...biarlah kami berjauhan dan tidak saling berhubungan lagi...akan ku doakan tiap hari disetiap akhir solatku...moga rahsia hati ini Allah makbulkan nanti...yang penting sekarng...cari ketenangan dan perbaiki diri menjadi insan yang beriman...amin...moga kita dirahmati-Nya....


Hidup kita ini bukan siri telenovela, bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.

Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga hijab.

Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”

Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka. Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.

Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
.
Kerana Seorang Lelaki
Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?
kerana lelaki, tudung ditanggalkan
kerana lelaki, usrah dijauhi
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri
Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki? Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.

Cuma sebenarnya, kita lemah.

Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat.

Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.
Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati. Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.

Aug 28, 2012

just follow the flow....

Apa yang sudah tertulis, itulah yang terbaik buat kita...

Just follow the flow....

Ayat ni memang mencuit hati....
Masa depan yang kita tak tahu...
Apa yang akan berlaku kelak..?

biar SUSAH, asalkan BAHAGIA,
jangan SENANG tapi SENGASARA.

biar MERINDU, asal TAK JEMU,
jangan CINTA, tapi TERSEKSA.

biar BERJAUHAN, tiada PERBALAHAN,
jangan DISISI, tapi TAK SERASI...

pilih mana satu nak....
peluang ada di depan mata...
jangan disia-siakan peluang yang ada....
syukurlah dengan apa yang ada...

biarlah berjauhan itu dapat mengubah diri kita masing-masing...
perbaiki diri menjadi yang lebih berguna...
perbaiki diri menjadi yang terbaik...
perbaiki diri tingkatkan iman...

cintakan Allah yang lagi utama...
biar Allah yang tentukan apa yang dah tertulis buat kita...
biar yang sedia ada ini akan terus menjadi...
hanya kesabaran yang bertakhta di hati...
mencari yang abadi....
wallahu'alam...^__^

Aug 25, 2012

Bila kita bercinta..

Bila kita fikir mahu bercinta, fikirlah akan tanggungjawab rumahtangga.

Saat kita ingin membina rumahtangga dengan orang yang kita cinta, fikirlah akan tanggungjawab mentarbiyah sebuah keluarga.

Cinta yang sebenar tidak pernah semudah I love you, you love me. Bukan semudah solat istikharah dan menanti mimpi serta isyarat ajaib.

Cinta yang sebenar itu adalah perihal ke syurga bersama, dengan cara membina diri, pasangan, dan anak-anak ke arah yang diredhai Ilahi.

Kita bukan mahu lahirkan lebih banyak angka kosong. Kita mahu lahirkan angka-angka bernilai untuk perjuangan Islam.

Aug 22, 2012

TIPS PERKAHWINAN




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Amat dialu-alukan untuk SHARE. Bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

sy pn share dr bhn2 bacaan..saja2 ...moga jadi rujukan utk masa depan diri sendiri dan juga org lain..insyaallah...
mari kita bina keluarga yg bahagia...impian semua orang..:)

Aug 20, 2012

Belajar menjadi solehah..

BUAT SI CANTIK YANG KUSAYANGI (sayangi diri sendiri sebelum diri menyayangi orang lain)

Nikmat paling manis adalah apabila Allah mentarbiyahkan kita dengan pelbagai ujian.
Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan.
Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam perjuangan melalui rabitah hati.
Ya Allah, peliharalah insan ini dan ukhwah kami..amin...

Jaga diri, Jaga amal, Jaga iman..

Andai diri ini alpa, ingatkanlah...
Andai diri ini silap, tegurkanlah...
Andai diri ini lemah, kuatkanlah...

Aug 19, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-24...

Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat diriku...^__^
Kalau ikot kalender Islam...1 syawal aku lahir...di pagi raya..dlm kul 10 pagi....
Menu hari ni rendang n laksa...

Tadi masa potong2 sayur...
mak dah ckp sesuatu yg buat aku terfikir...
Siapalah aku ni kan nk melawan kata mak...
aku jd takot sgt....huhuhu
Mak dah umor dkt 60 thn...abah pulak 64 thn...
Abah pun dah x berapa sihat sgt....huhu..sedih...

Mak ckp..aku kena kawin dlm 2 thn ni sementara mak abah ada lg ni...
Nanti kalau mak abah dah xda...
susahlah aku....
siapalah nak nanti..
yang dah ada pun semakin menjauh aje lepas dia habis belajar ni...

apa aku nak buat...
masa aku banyak habis dgn orang itu..
tapi dia dah macam x hargai aku lg...
dah lupa agaknya..waktu susah dan senang dulu2....

tak ape lah...
aku masih menunggu jawapan...
entah bilakah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Aug 17, 2012

Genap Sebulan Esok....

Genap sebulan esok...
Ak tak tahu di manakah salahku...
Segala persoalan hanya dibiarkan sepi begitu sahaja....
Aku masih dan tetap menanti setiap apa persoalanku itu...
Bilakah ia nya akan terjawab...
Apa yang tidak kena sebenarnya...

Jika mahu berubah sekalipun...
Tiada salahnya jika ujar sahaja padaku...
Ini tidak...
Hanya sepi dan sepi...

Mungkin aku hanyalah mainan atau bonekanya semata-mata...
Mengapa baru kini mahu dibuktikan itu...
Sanggup biarkan aku melayar perasaan sendiri...
Kini, aku nekad untuk tidak memikirkannya lagi...
Sedangkan hati terus bertanya-tanya....
Hampa...

Genap sebulan Ramadan ini...
Selama itulah keadaan terus menyepikan diri...
Apa salahnya jika berterus terang...
Aku ini wanita yang jahat sangatkah...
Kejam sangatkah?
Mungkin aku ini wanita yang tiada perasaan lagi....
Itu hanyalah tanggapan dia barangkali...
Aku bukan begitu....

Namun...
Aku pun hanya mahu menyepi...
Seringkali aku ditanyai dengan persoalan-persoalan yang hati dan mulut tidak dapat menjawab...
Aku hanya membohongi dengan keadaan yang baik...
Sentiasa sihat dan sedang menanti pekerjaan....

Mengapa harus malu untuk berterus terang...
Atau aku yang perlu menjadi seorang perahsia...
Aduhai......
Tiada jawapan...
Dan aku masih tercari-cari jawapan yang tak pasti itu...
Sama ada aku hanyalah boneka atau patung mainan nya sahaja....

Adakah aku masih berpeluang mencari jawapan itu???













Jul 31, 2012

Jodoh..

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih.....(^_^)

Jul 17, 2012

Maaf...

Maaf...seribu kali maaf...
I'm sorry...
I'm so sorry...
Maafkan saya....
Tolong maafkan saya...
Please forgive me....

Taktaw wat salah apa sampai asik nak mintak maaf saja...
maafkanlah saya sebelum terlambat...sebelum terlewat...
Sebelum ajal menjemput saya...
Please forgive me...I'm so sorry....

Jul 4, 2012

Maharku Untukmu..

Subhanallah....sangat menusuk cerita ni...Cerekarama TV3...Baru hari ni aku berkesempatan untuk menontonnya...
Allahuakbar...sungguh kasih si suami pada si isterinya....mana ada yang sanggup melihat isterinya diperkosa dihadapan keluarganya....suami yang baik...walaupun tidak disukai ibu mertua yang pentingkan darjat..
Dia sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi isteri tercinta walaupun dirinya ditolak..
Bagus la cerita nie...
Isteri..tanggungjawab suami...

"Inilah maharku untukmu..seperti ini kumampu..sepenuh hatiku berikan..sebagai wujud cintaku...
maharku untukmu tulus..kuserahkan kepada dirimu satu...yang Allah berikan padaku untukmu...semoga engkau bahagia...dan kunyanyikan lagu ini...persembahan cinta suci.... "

Masa saya sakit, awak jaga saya...Masa awak sakit, saya pulak jaga awak...<3 (sweet)
Harta dan wang bukanlah segala-galanya....
Kalau hari ini kita masih hidup, esok belum tentu kita akan hidup...

Sambil blogging, sambil tengok cerita ni kt Youtube...sedih...:(
Siapa tak tengok lagi..bole la tgk citer ni...best,... a lots of value...:)


Jun 13, 2012

calar-balar...

owh tidakkkk...
berparut sudah tubuh ini...
gara-gara chicken pox....
ahh tak kisah....
skarang banyak ubat-ubatan yg sesuai untuk menghilangkan parut...

sungguh...mukaku kini sudah berparut chicken pox dlm 2, 3 biji..huhu...
tolonglah jerawat jgn menyibuk...
biarkan chicken pox sahaja yg merajai....

kegatalan badan usah dicakap..
sungguh aku kegatalan badan dek chicken pox....
Allah sahaja yang tahu...
macam mana aku menahan kegatalan itu...
aku tak garu...
aku biarkan kegatalan menggeletek...
sabar ok...bagus..teruskan bersabar...

tiada yang ingin mendengar...tiada yg ingin bertanyakan khabar berita...
melainkan...
keluarga tercinta...
hanya keluargaku yang memahami diriku...
tiada teman yg memahami...yg mahu mengambil tahu....
tiada....sungguh....

Allah....
terima kasih kerana kurniakan keluarga yg begitu penyayang...
adik beradik yg menyayangi...
mak abah yg mengambil berat....

kekasih hati??
entah...mungkin tiada lagi....
mungkin suatu masa yg aku sendiri tak tahu...
dia pasti kembali menjemputku....
moga JARAK ini memisahkan kita buat sementara waktu...
perbaiki diri masing2 demi jalan yg direhai-Nya...
Alhamdulillah...

Jun 6, 2012

Doa bertemu jodoh bagi wanita.


sharing is caring..


alhamdulillah..aku bersyukur pada-Mu ya Allah...

Wanita..

Perempuan ni hati dia lembut.. Jadi, jangan terlalu mendera hati mereka.. Apabila hati mereka menjadi keras, baru lelaki akan menyesal kerana telah mendera hati mereka seperti itu. Dan ketika itu, "Tiada maaf bagimu" ..

Jadi, hargailah kaum hawa... merekalah tulang belakang kejayaan kaum adam..

Jun 5, 2012

sedarilah wanita..




 Syukran...awak telah membuka mata dan mata hati..:)

Jun 1, 2012

'Carilah'

“CARILAH"

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . Jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere