Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Aug 25, 2012

Bila kita bercinta..

Bila kita fikir mahu bercinta, fikirlah akan tanggungjawab rumahtangga.

Saat kita ingin membina rumahtangga dengan orang yang kita cinta, fikirlah akan tanggungjawab mentarbiyah sebuah keluarga.

Cinta yang sebenar tidak pernah semudah I love you, you love me. Bukan semudah solat istikharah dan menanti mimpi serta isyarat ajaib.

Cinta yang sebenar itu adalah perihal ke syurga bersama, dengan cara membina diri, pasangan, dan anak-anak ke arah yang diredhai Ilahi.

Kita bukan mahu lahirkan lebih banyak angka kosong. Kita mahu lahirkan angka-angka bernilai untuk perjuangan Islam.

Aug 19, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-24...

Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat diriku...^__^
Kalau ikot kalender Islam...1 syawal aku lahir...di pagi raya..dlm kul 10 pagi....
Menu hari ni rendang n laksa...

Tadi masa potong2 sayur...
mak dah ckp sesuatu yg buat aku terfikir...
Siapalah aku ni kan nk melawan kata mak...
aku jd takot sgt....huhuhu
Mak dah umor dkt 60 thn...abah pulak 64 thn...
Abah pun dah x berapa sihat sgt....huhu..sedih...

Mak ckp..aku kena kawin dlm 2 thn ni sementara mak abah ada lg ni...
Nanti kalau mak abah dah xda...
susahlah aku....
siapalah nak nanti..
yang dah ada pun semakin menjauh aje lepas dia habis belajar ni...

apa aku nak buat...
masa aku banyak habis dgn orang itu..
tapi dia dah macam x hargai aku lg...
dah lupa agaknya..waktu susah dan senang dulu2....

tak ape lah...
aku masih menunggu jawapan...
entah bilakah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Jul 31, 2012

Jodoh..

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih.....(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere