Showing posts with label Maharku Untukmu. Show all posts
Showing posts with label Maharku Untukmu. Show all posts

Aug 22, 2012

TIPS PERKAHWINAN




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Amat dialu-alukan untuk SHARE. Bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

sy pn share dr bhn2 bacaan..saja2 ...moga jadi rujukan utk masa depan diri sendiri dan juga org lain..insyaallah...
mari kita bina keluarga yg bahagia...impian semua orang..:)

Jul 4, 2012

Maharku Untukmu..

Subhanallah....sangat menusuk cerita ni...Cerekarama TV3...Baru hari ni aku berkesempatan untuk menontonnya...
Allahuakbar...sungguh kasih si suami pada si isterinya....mana ada yang sanggup melihat isterinya diperkosa dihadapan keluarganya....suami yang baik...walaupun tidak disukai ibu mertua yang pentingkan darjat..
Dia sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi isteri tercinta walaupun dirinya ditolak..
Bagus la cerita nie...
Isteri..tanggungjawab suami...

"Inilah maharku untukmu..seperti ini kumampu..sepenuh hatiku berikan..sebagai wujud cintaku...
maharku untukmu tulus..kuserahkan kepada dirimu satu...yang Allah berikan padaku untukmu...semoga engkau bahagia...dan kunyanyikan lagu ini...persembahan cinta suci.... "

Masa saya sakit, awak jaga saya...Masa awak sakit, saya pulak jaga awak...<3 (sweet)
Harta dan wang bukanlah segala-galanya....
Kalau hari ini kita masih hidup, esok belum tentu kita akan hidup...

Sambil blogging, sambil tengok cerita ni kt Youtube...sedih...:(
Siapa tak tengok lagi..bole la tgk citer ni...best,... a lots of value...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere