Showing posts with label jemari seni. Show all posts
Showing posts with label jemari seni. Show all posts

Oct 20, 2012

Lazuardi

Penulis: Nasz
ISBN: 978-967-5118-85-2
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)




Lazuardi-COVER_v2-a-Crop-156x269

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...


“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?

Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri? 


Sinopsis Lazuardi...
Best jgk citer nie...novel...nak beli..tp buah hatiku telah membelinya online...so..aku akan pinjam dr dia jela nanti..hehehe..jimat2...
Nak kawen....citer ni sesuai kot utk org bujang mcm ak yg tgh tunggu mase aje nak kawen..
ceh...gatai betoi...hahaha..just joke..:P
K lah..just wanna to share..
selamat membaca dan membeli novel ni...
memang best...tgk tajuk pn mcm pelik...hehehe
daaa

Takkan Pernah Berubah


Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)




Takkan_pernah_berubah-coverweb

Nasi lemak buah bidara,
        Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
       Kerana kekasih hamba turutkan.


Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu. Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.
Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?

kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada

ni sinopis dia ak copy paste dr website jemari seni.
Keluaran Jemari seni memang terbaik..
Lepas dapat gaji bulan depan, ak nak p bli novel Takkan Pernah Berubah ni...hehehe
Tak sabonye rase...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere