Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Jul 16, 2012

Puasa Ramadhan..

Alhamdulillah...lagi 4 hari lagi nak sambut Ramadhan...
Ramadhan hampir tiba...
Punya tekad punya nekad...
Mesti patuh dan cuba laksanakan yang terbaik...
Perancangan kini...
Aku adalah aku yang sekarang...

Jumaat ni aku plan nak balik kampung..
Nak sambut puasa ngan mak abah...
Mak abah duk berdua je kat umah skang ni...
Harap..adik aku pn akan balik jgk lepas dia tauliah esok...
Tahniah buat adikku.. Leftenan Muda Rafidah binti Yahya..
Proud of you..
Selamat habiskan 3 tahun bersama navy UPM..
:)

Jom kita balik kampung puasa ngan mak abah...
Aku plan nak wat biskut raya weekend ni..
Harap menjadi la plan ni..
Aku nak wat biskut coklat chip...:)

I loike...nak beli mahal...baik aku buat..hehe
Alhamdulillah....
Marhaban ya Ramadhan..
Tak sabar nak puasa n solat tarawikh..:)

Jul 4, 2012

Amal ibadah Hari Nisfu Syaaban..

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada    Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)

Nisfu Sya'aban..jom puasa esok!

Nisfu Sya'ban--bermula nya selepas terbenam fajar pada senja nanti..di saat itu rabb akan turun di langit dunia dan menanti siapa jua umat yang memohon akan ditunaikan. Banyakkan solat sunat, baca quran, berselawat, berzikir dan bertasbih...esok pahala besar bagi mereka yang berpuasa sunat...moga kita ambil manfaat darinya dan kejar apa yang Allah sediakan untuk kita...yukkk kita qiamullail n puasa esok!

Aug 1, 2011

Doa berbuka puasa..

"Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."

Pendapatan yang lumayan!!

Syarat-syarat wajib puasa ada lima perkara:
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Tidak uzur atau gila
  5. Bermukim

Sesungguhnya kanak-kanak tidak wajib berpuasa, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan didikan dan latihan kepada anak-anak mereka untuk mengerjakan ibadah puasa berpandukan sabda Nabi Muhammad SAW tentang latihan menunaikan solat :


"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang bila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka bila berumur sepuluh tahun  (kalau tidak mahu mengerjakannya"

Selamat Menyambut Bulan Ramadan...

Bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menjaga hati, akal dan perlakuan dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..

Banyakkan amal ibadah kepada-Nya kerana kita hidup hanyalah sementara..
Kehadiran bulan ini membawa seribu kerahmatan dan peluang yang terbuka luah utk kita memperbanyak pahala...
Wallahu'alam...
Selamat mengerjakan ibadah puasa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere