Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Jul 20, 2012

MEGA SALE dengan tawaran berganda2!!



jualan mega bermula lagi dari malam nie (20/07/12) sehingga sebulan yang akan datang. tawaran terhad pada satu jenis item sahaja. walaubagaimanapun item yang ditawarkan tidak terhad pada 2 item untuk seorang bahkan anda boleh ambil seberapa banyak yang anda mahu. syaratnya mudah sahaja; kalau nak seribu daya, kalau da taknak boleh bla. So, apalagi, mari kita rebut peluang yang ada untuk mendapatkan item terbabit.

item yang ditawarkan: *pahala berganda2
harga: x ternilai dengan wang ringgit, just do any of the following or read more on Al-Quran & Sunnah for more information: amar makruf nahi munkar, ibadah2 wajib dan sunat, sepertiga malam untuk-Nya dll...
masa tawaran: bermula malam pertama Ramadhan sehingga sebelum berakhirnya hari terakhir Bulan Ramadhan.
*term & condition apply

copy & paste...jazakallah khair..ilmu perlu dikongsikan bersama...

Jul 18, 2012

Biskut cookies again...

alhamdulillah..hari ni siap 3 balang biskut cookies aka biskut coklat chip..
kali ni ak wat guna planta..tak begitu nak menyengat bau nye..n kuantiti planta 240g yg kurang..sepatutnya guna 250g planta or mentega..
wah..sekarang ak dah boleh hafal resipi2 kek n kuih yg aku wat..
siap sukatannye skali..
bagus2....ini satu perkembangan terbaik..hehehe

memasak ni memang seronok..tapi..ak bukan yg jenis kuat makan...
ak wat biskut ni pn utk jual kt student ak esok...
diorang duk tanye bile ckgu nk bwk biskut raye..hehe
esok last aku jual...sebab dah masuk bulan ramadhan..ak xnk jual..
melainkan ada orang yg nk tempah utk raya...maybe dlm kuantiti balang...

esok..hari yg mungkin kena rushing...
pagi 8.30 aku da kena ada kt bangi utk interview r.a..
harap2 dapat la kali nie..huhu
bagilah aku peluang sekali lagi....

wish me luck..:)

Jul 16, 2012

Puasa Ramadhan..

Alhamdulillah...lagi 4 hari lagi nak sambut Ramadhan...
Ramadhan hampir tiba...
Punya tekad punya nekad...
Mesti patuh dan cuba laksanakan yang terbaik...
Perancangan kini...
Aku adalah aku yang sekarang...

Jumaat ni aku plan nak balik kampung..
Nak sambut puasa ngan mak abah...
Mak abah duk berdua je kat umah skang ni...
Harap..adik aku pn akan balik jgk lepas dia tauliah esok...
Tahniah buat adikku.. Leftenan Muda Rafidah binti Yahya..
Proud of you..
Selamat habiskan 3 tahun bersama navy UPM..
:)

Jom kita balik kampung puasa ngan mak abah...
Aku plan nak wat biskut raya weekend ni..
Harap menjadi la plan ni..
Aku nak wat biskut coklat chip...:)

I loike...nak beli mahal...baik aku buat..hehe
Alhamdulillah....
Marhaban ya Ramadhan..
Tak sabar nak puasa n solat tarawikh..:)

Jun 27, 2012

Tentatif Sepanjang Ramadan..

Just want to share with others...Lets do it together for Ramadhan Kareem....:)


Aug 22, 2011

The Night of Power..

Penentuan malam Lailatul Qadar Oleh Profesor Dr Amin Al-Buttusyh.
Pensyarah Universiti Mu'tah
Tenaga Pengajar Tafsir Al-Quran lebih dari 30 tahun.

Secara umumnya lailatul qadar berada di dalam sepuluh akhir dari ramadhan. 
Berdalilkan:

Dari Al-Quran:

1-lafaz “ليلة القدر” mengandungi 9 huruf dan lafaz ini berulang sebanyak 3 kali di dalam surah al-qadr.
 Maka 9x3=27 iaitu malam ke 27 ramadhan.

2-Perkataan “هي” di dalam surah al-qadr berada di kedudukan tertib ke 27 dari susunan perkataan.

Dari hadis:

1-Hadis aisyah r.a yang diriwayatkan Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah:
“Carilah lailatul qadar dalam 10 terakhir dari ramadhan"

2-Hadis Abi Said Al-Khudri r.a yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

“Telah turun hujan pada satu malam iaitu malam ke 21, maka telah membasahi tempat sujud nabi s.a.w, maka aku melihat kepadanya sesudah selesai solat subuh, wajah baginda dibasahi dengan lumpur dan air"

3-Hadis Ubadah bin Somit1 yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Carilah lailatul qadar pada 9 dan 7 dan 5”

-Maksud hadis: ke 9 bermaksud malam ke 21, ke 7 bermaksud malam ke23, dan ke 5 bermaksud malam ke 25.
-Ataupun ia bermaksud  jika di tambah 9+7+5=21. Iaitu malam ke 21.

       Dan banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang malam lailatul qadar dalam hari-hari yang berbeza, maka natijahnya: Semua hadis-hadis ini menunjukkan lailatul qadar terdapat pada hari-hari ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.

Pendapat-pendapat ulamak mengenai malam lailatul qadar:

1-Imam Mali, As-Sauri, Ishaq, Ahmad bin Hanbal dan lain-lainnya: Malam ganjil yang berpindah-pindah dalam malam ke 21,23, 25,27 dan 29.

2-As-Syafiyah: Malam 10 yang ganjil, dan lebih cenderung pada malam 21 dan 23.

3-Sebahagian ulamak yang lain: Malam 27 secara tetap setiap tahun.

Pendapat yang tepat: Lailatul qadar berubah-ubah setiap tahun dalam malam-malam ganjil.


Menentukan awal ramadhan.

Berdasarkan pemerhatian pada tahun-tahun lepas, kami mendapati bahawa awal Ramadhan tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad. Akan tetapi pada tahun 2002 dan 2005,  awal ramadhan datang pada malam jumaat, dan tahun 2004 pula awal ramadhan datang pada malam ahad berdasarkan kiraan falak di sesetengah tempat. 

Akan tetapi pengiraan ini salah, ia disahkan di dalam satu artikel oleh syeikh mamduh bin Matab Al-Jabrain yang dikeluarkan di Riyadh. Kesalahan ini disahkan kerana malam lailatul qadar telah jatuh pada malam-malam genap pada tahun-tahun  itu. 

Malam lailatul qadar dapat dipastikan  melalui matahari yang terbit pada pagi itu putih atau merah yang tidak memancarkan cahaya seperti yang digambarkan dalam hadis Ibnu Masud r.a. Dan Lailatul qadar pada malam-malam genap adalah bercanggah dengan hadis-hadis dan perkataan dari para sahabat r.a bahawa ia berlaku pada malam ganjil.

Kesalahan ini berlaku disebabkan terdapat perselisihan sebanyak empat cara pengiraan di kalangan ahli-ahli falak seperti yang dinyatakan oleh ahli falak mesir DR شلتوت dan DR dari Amerika iaitu Jeff Schester di dalam perbincangan Al-Jazirah  pada hari isnin 23/10/2006.


Mengikut pengiraan, ramadhan disyariatkan pada tahun ke dua hijrah, dan  nabi s.a.w wafat pada tahun ke 10 hijrah, maka nabi telah berpuasa selama 9 tahun sebelum baginda wafat. Jika dilihat sepanjang 9 tahun ini tiada awal ramadhan yang bermula pada malam jumaat dan ahad. Tarikh dan hari awal ramadhan sepanjang 9 tahun itu adalah seperti berikut:

-Tahun ke dua hijrah: Malam isnin 25/2/624M
-Tahun ketiga Hijrah: Malam sabtu 14/2/625M
-Tahun keempat Hijrah: Malam rabu 3/2/626M
-Tahun kelima Hijrah: Malam isnin24/1/627M
-Tahun keenam Hijrah: Malam sabtu 13/1/628M
-Tahun ketujuh Hijrah: Malam selasa 2/1/269M
-Tahun ke lapan Hijrah: Malam Sabtu 21/12/629M
-Tahun ke Sembilan Hijrah : Malam khamis 10/12/630M
-Tahun kesepuluh Hijrah: Malam isnin 30/11/631M


Kesimpulannya: Awal Ramadhan hanya akan datang pada malam sabtu, malam isnin, malam selasa, malam rabu dan malam khamis.
Ia tidak akan datang pada malam jumaat dan malam ahad.



Di bawah ini akan dinyatakan jadual penentuan awal ramadhan dan malam lailatul qadar. Awal ramadhan diketahui dengan kajian falak hasil dari pemerhatian perjalanan bulan pada setiap tahun melalui teleskop moden dan satelit. 

Manakala lailatul qadar pula diketahui melalui pemerhatian malam lailatul qadar sejak 8 tahun iaitu sejak 1998 sehinggalah 2006(Kitab ini disiapkan pada 2007) sehinggalah tahun lepas lailatul qadar datang pada malam selasa yang ganjil di dalam 10 malam terakhir ramadhan.

Tahun masihi/hijrah
Awal ramadhan
Lailatul qadar
Bilangan malam
1998/1419
Malam sabtu
Malam selasa
25 ramadhan
1999/1420
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2000/1421
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2001/1422
Malam sabtu
Malam selasa
25ramdhan
2002/1423
Malam rabu
Malam selasa
21ramadhan
2003/1424
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan
2004/1425
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2005/1426
Malam selasa
Malam selasa
29ramadhan
2006/1427
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2007/1428
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2008/1429
Malam sabtu
Malam selasa
25ramadhan
2009/1430
Malam khamis
Malam selasa
27ramadhan
2010/1431
Malam isnin
Malam selasa
23ramadhan

Penglihatan pada pagi malam yang berlaku lailatul qadar ini disaksikan oleh beribu-ribu pelajar Universiti Jordan dan pelajar-pelajar Universiti Mu’tah dan sebahagian penduduk Mazar(kawasan di Jordan) dan orang-orang yang turut serta menyaksikan terbit matahari.

Insyallah tahun ni malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23 Ramadhan, malam selasa. Bermakna hari isnin malam telah bermula lailatul qadar insyallah...


Wallaha'lam.......
Diringkaskan dari Kitab Tafsir Mauduie karangan Profesor Dr Amin Al-Buttusyh
Alih bahasa oleh : Mohammad Amir Bin Wan Harun.
Panel Taqyif Fiqh-Darul Ifta'
Mu'tah Universiti, Jordan.

Aug 17, 2011

Nuzul Quran..

Setiap 17 Ramadan kita akan diperingatkan tentang hari Nuzul Quran. Orang sebut Nuzul Quran. Tahukah kita apakah peristiwa yg berlaku disebaliknya?

Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat pertama kepada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. secara berperingkat-peringkat hingga lengkapnya sebuah al-Quran. Peristiwa nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan ketika Nabi sedang beribadat di Gua Hiraq. bersamaan 6 Ogos 610M.

Perkataan 'Nuzul' bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Kita perlu kaji kebesaran dan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Ayat yg mula2 diturunkan ialah lima ayat Surah Al-Alaq.

Marilah sama2 kita membaca al-Quran. Walaupun satu huruf yg disebut, ia memberikan ganjaran pahala kpd kita.
Khatam Quran di bulan yg mulia ini..Insyaallah...

Alasan kenapa kita perlu baca al-Quran walaupun tidak memahaminya..

Sememangnya setiap 17 Ramadan kita akn diperingatkan tentang Nuzul Quran

Kenapa kita kena membaca al-Quran walaupun tidak memahaminya.?
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
 
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
 
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
 
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
 
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
sumber : http://mediapeci.blogspot.com/2011/08/alasan-kenapa-kita-perlu-baca-al-quran.html

Aug 14, 2011

Kelebihan bersahur

Berikut adalah enam kelebihan bersahur di bulan Ramadhan.
  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

sumber: http://www.harian-metro-online.com/enam-kelebihan-bersahur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere