Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Nov 23, 2012

kahwin..

kahwin...
sapa yang taknak kahwin..
ada rumahtangga ada keluarga sendriri, ada anak sendiri...
aku tengok ramai dah member2 yg sudah melangsungkan perkahwinan...
ada yang sudah beranak 2 dah..
aku?
aish...umur dah 24 tahun..
bila nak kahwin ni...
bila nak ada orang masuk meminang...
hehehe..
tarikh yang tak dapat aku sendiri tentukan...
biarlah Allah yg tetapkan bilakah masanya..
aku tetap menanti hingga tiba saat itu...
:)

p/s: suke tgk membe2 da ada baby kecik..comel plak tu..hihihiii

Sep 18, 2012

Bila nak kahwin?

Selalu sahaja orang tanya bila nak kahwin? maklum la...umur 24 mcm ni..dikatakan sudah boleh bernikah..ni jawapannye kalu ada orang tanya kita bila mahu nikah?? read..:)

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH


A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~ ^__^

Aug 25, 2012

Bila kita bercinta..

Bila kita fikir mahu bercinta, fikirlah akan tanggungjawab rumahtangga.

Saat kita ingin membina rumahtangga dengan orang yang kita cinta, fikirlah akan tanggungjawab mentarbiyah sebuah keluarga.

Cinta yang sebenar tidak pernah semudah I love you, you love me. Bukan semudah solat istikharah dan menanti mimpi serta isyarat ajaib.

Cinta yang sebenar itu adalah perihal ke syurga bersama, dengan cara membina diri, pasangan, dan anak-anak ke arah yang diredhai Ilahi.

Kita bukan mahu lahirkan lebih banyak angka kosong. Kita mahu lahirkan angka-angka bernilai untuk perjuangan Islam.

Aug 22, 2012

TIPS PERKAHWINAN




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Amat dialu-alukan untuk SHARE. Bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

sy pn share dr bhn2 bacaan..saja2 ...moga jadi rujukan utk masa depan diri sendiri dan juga org lain..insyaallah...
mari kita bina keluarga yg bahagia...impian semua orang..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere