Pemilihan makanan juga biarlah bertepatan dengan waktunya. Pada siang hari adalah menjadi kebiasaan untuk kita mengambil jenis makanan yang agak berat. Tetapi pada sebelah malamnya kita perlu lebih memilih dan teliti sajian makanan apakah yang sesuai.

Penyediaan Menu Sihat
Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik. Adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang?
Adakah kita memerlukan lebih karbohidrat dan kurang protein atau lebih protein dan kurang lemak? Selain daripada perancangan, kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kita menyediakan hidangan. Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai untuk digunakan.
Antaranya adalah lebih elok dan sihat untuk memasak dengan menggunakan kaedah membakar, mengukus dan mereneh berbanding menggoreng dengan minyak yang banyak. Tetapi,untuk kali ini Dara.com mengkhususkan pilihan sajian makanan yang perlu dan sesuai diambil pada waktu malam.
Amalan dalam membentuk menu sihat:
Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan selepas menggoreng.
Jauhi daripada menggoreng buat kali kedua.
Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan (contohnya; sup).
Tambah lebih sayuran di dalam hidangan.
Kurangkan jumlah penggunaan garam.
Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging tanpa lemak.
sumber: dara.com oktober 2012