Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Oct 30, 2012

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN

Jom semak :)
✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,

✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))


copy & paste dr seorang kawan sekolah..
senyum n terperasan sorang2...

pompuan mg mcm ni kan? suke berangan x habis2..hahaha
take noted...mana yg pernah dapat...
so..jangan diragui kasih si dia tu..lalala
gelang > jam tangan > coklat > buku > kad raya (kad ucapan xpenah dpt lg..haha) > kain > cincin (latest) >>>then??? guess what?? hahaa

da...saje je suka suki ngomel2 bila bosan di tempat kerja...:P



Sep 18, 2012

Bila nak kahwin?

Selalu sahaja orang tanya bila nak kahwin? maklum la...umur 24 mcm ni..dikatakan sudah boleh bernikah..ni jawapannye kalu ada orang tanya kita bila mahu nikah?? read..:)

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH


A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~ ^__^

Sep 14, 2012

WANITA DARI RUSUK LELAKI

*WANITA DARI RUSUK LELAKI *
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali

Sep 2, 2012

Hidup ini bukan telenovela....

Semalam...aku terbaca artikel nie...dan hari ni...aku tetap mengulanginya lagi....memang benar2 memberi kesan...ya...memang kita sebagai wanita perlu kuat...jangan mudah mengalah....moga Allah kuatkan hatiku...moga dua hati ini akan disatukan suatu masa nanti...biarlah kami berjauhan dan tidak saling berhubungan lagi...akan ku doakan tiap hari disetiap akhir solatku...moga rahsia hati ini Allah makbulkan nanti...yang penting sekarng...cari ketenangan dan perbaiki diri menjadi insan yang beriman...amin...moga kita dirahmati-Nya....


Hidup kita ini bukan siri telenovela, bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.

Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga hijab.

Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”

Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka. Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.

Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
.
Kerana Seorang Lelaki
Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?
kerana lelaki, tudung ditanggalkan
kerana lelaki, usrah dijauhi
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri
Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki? Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.

Cuma sebenarnya, kita lemah.

Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat.

Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.
Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati. Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.

Aug 28, 2012

just follow the flow....

Apa yang sudah tertulis, itulah yang terbaik buat kita...

Just follow the flow....

Ayat ni memang mencuit hati....
Masa depan yang kita tak tahu...
Apa yang akan berlaku kelak..?

biar SUSAH, asalkan BAHAGIA,
jangan SENANG tapi SENGASARA.

biar MERINDU, asal TAK JEMU,
jangan CINTA, tapi TERSEKSA.

biar BERJAUHAN, tiada PERBALAHAN,
jangan DISISI, tapi TAK SERASI...

pilih mana satu nak....
peluang ada di depan mata...
jangan disia-siakan peluang yang ada....
syukurlah dengan apa yang ada...

biarlah berjauhan itu dapat mengubah diri kita masing-masing...
perbaiki diri menjadi yang lebih berguna...
perbaiki diri menjadi yang terbaik...
perbaiki diri tingkatkan iman...

cintakan Allah yang lagi utama...
biar Allah yang tentukan apa yang dah tertulis buat kita...
biar yang sedia ada ini akan terus menjadi...
hanya kesabaran yang bertakhta di hati...
mencari yang abadi....
wallahu'alam...^__^

Aug 25, 2012

Bila kita bercinta..

Bila kita fikir mahu bercinta, fikirlah akan tanggungjawab rumahtangga.

Saat kita ingin membina rumahtangga dengan orang yang kita cinta, fikirlah akan tanggungjawab mentarbiyah sebuah keluarga.

Cinta yang sebenar tidak pernah semudah I love you, you love me. Bukan semudah solat istikharah dan menanti mimpi serta isyarat ajaib.

Cinta yang sebenar itu adalah perihal ke syurga bersama, dengan cara membina diri, pasangan, dan anak-anak ke arah yang diredhai Ilahi.

Kita bukan mahu lahirkan lebih banyak angka kosong. Kita mahu lahirkan angka-angka bernilai untuk perjuangan Islam.

Aug 22, 2012

TIPS PERKAHWINAN




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Amat dialu-alukan untuk SHARE. Bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

sy pn share dr bhn2 bacaan..saja2 ...moga jadi rujukan utk masa depan diri sendiri dan juga org lain..insyaallah...
mari kita bina keluarga yg bahagia...impian semua orang..:)

Aug 17, 2012

Lelaki


Jul 31, 2012

Jodoh..

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih.....(^_^)

Jun 13, 2012

calar-balar...

owh tidakkkk...
berparut sudah tubuh ini...
gara-gara chicken pox....
ahh tak kisah....
skarang banyak ubat-ubatan yg sesuai untuk menghilangkan parut...

sungguh...mukaku kini sudah berparut chicken pox dlm 2, 3 biji..huhu...
tolonglah jerawat jgn menyibuk...
biarkan chicken pox sahaja yg merajai....

kegatalan badan usah dicakap..
sungguh aku kegatalan badan dek chicken pox....
Allah sahaja yang tahu...
macam mana aku menahan kegatalan itu...
aku tak garu...
aku biarkan kegatalan menggeletek...
sabar ok...bagus..teruskan bersabar...

tiada yang ingin mendengar...tiada yg ingin bertanyakan khabar berita...
melainkan...
keluarga tercinta...
hanya keluargaku yang memahami diriku...
tiada teman yg memahami...yg mahu mengambil tahu....
tiada....sungguh....

Allah....
terima kasih kerana kurniakan keluarga yg begitu penyayang...
adik beradik yg menyayangi...
mak abah yg mengambil berat....

kekasih hati??
entah...mungkin tiada lagi....
mungkin suatu masa yg aku sendiri tak tahu...
dia pasti kembali menjemputku....
moga JARAK ini memisahkan kita buat sementara waktu...
perbaiki diri masing2 demi jalan yg direhai-Nya...
Alhamdulillah...

Jun 1, 2012

'Carilah'

“CARILAH"

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . Jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.


Nov 1, 2011

Busybody about him?

Busybody or caring??
Which one??
Don't know either busybody or caring...
He don't know how to describe it...
I don't know how to explain....
Don't know and don't know...
Goodbye...

vvvrroommm....keeping busy body totttsss...busy!!!

Busy body shop...never see this!!

OR cares...caring...

caring is sharing...
on words or in heart???
which one you want?




I give my heart n you give your heart...
Please take good cares for it...
Not busy body....but cares....
Take it...
^_^

Oct 29, 2011

At the time I love you...be lone again..

Why did you go
Why did you go
At the moment I began to love you
Hope thou be my lover
In fact, you went away from my life
be alone again
be alone again
At the time you leave me to go
No one ever graced my day
At the moment I awoke from my sleep

I want you
Come and see me
I'm telling you right
I love you

 
I want you
Come and see me
I'm telling you right
I really love

 
be alone again
be alone again
At the time you leave me to go
No one ever graced my day
At the moment I awoke from my sleep
I want you
Come and see me
I'm telling you right
I love you

 
I want you
Come and see me
I'm telling you right
I really love

 
May you not understand
About these feelings
Sorry I have been lulled
Will the beauty of love
Sorry I could not really

 
To get back to you
Sorry I have been lulled
Will the beauty of love
I want you
Come and see me
I'm telling you right
I love you

 
I want you
Come and see me
I'm telling you right
I really love
I want self-mu
Come and see me
I'm telling you right
I really love


In Indonesian version: click below>>>

dadali - di saat aku mencintaimu


-ini punya lagu indonesia..ak translate to bi..huahuahua...
rupanya inilah ceritera di sebalik lagu ini...
adakah anda taw mengapa adanya lagu in??
hayati lah...no comment...apakah mood ak d kala ini..."NOTHING to SAY"


~cintailah sesuatu itu sekadar sahaja kerna ia akan menjadi kebencianmu di suatu ketika..
dan bencilah sesuatu itu sekadar sahaja kerna ia akan menjadi kecintaanmu di suatu ketika~

Oct 25, 2011

Tips pendengar yg baik buat wanita...^_^

Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...

Pertama
: Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

Kedua
: Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

Ketiga
: Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

Keempat
: Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

Kelima
: Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

Keenam
: Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

Ketujuh
: Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan
untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina
percintaan yang bahagia selamanya...

**INI DARI SUMBER YG BOLE DIPERCAYAI DAN IANYA MEMANG BERLAKU DLM MASYARAKAT KITA...RENUNG2KAN LAH WAHAI LELAKI..JIKA KAMU MENYAYANGI PASANGAN ANDA..HEHEHEEE....**

##dikongsi dr satu tuan punye blog..tQ##

Sep 7, 2011

Lelaki yang bijak.

♥Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
♥Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
♥Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
♥Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
♥Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere