Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sep 23, 2012

Hadiah terbaik

Hadiah Terbaik


Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Jul 31, 2012

Jodoh..

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih.....(^_^)

Jun 6, 2012

sharing is caring..


alhamdulillah..aku bersyukur pada-Mu ya Allah...

Jun 5, 2012

sedarilah wanita..




 Syukran...awak telah membuka mata dan mata hati..:)

Jun 1, 2012

'Carilah'

“CARILAH"

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . Jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.


LoVe...vs...CinTa


jangan menangis kerana ia telah berlalu...
senyumlah kerana ia sememangnya terjadi...

Kenapa Dihebohkan Pertunangan?

"Assalamualaikum. Saya ada satu kemusykilan ni. Sekarang saya tengok seperti trend. Bila tunang je, upload gambar di facebook. Pakai baju dah macam pengantin. Lagi dahsyat siap ada pelamin dan hantaran lagi. Kemudiaan, gambar-gambar bersama si tunang.  Lepas upload tukar status pulak. Pakar Cinta, boleh jelaskan apakah hukum kita uar-uarkan pertunangan ini?"

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.



Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. 

Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.

PakarCinta sebenarnya mencadangkan anda mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. 

Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu. Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan.

Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. ~tujuan kenduri perkahwinan~




petikan dari blog PakarCinta~ ^__^~

  

May 31, 2012

Hidup..

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJA...R
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI" dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar,
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua,

JATUH, berdiri lagi!
KALAH, mencuba lagi!
GAGAL, bangkit lagi!

Sampai masanya Allah memanggil : "Waktunya untuk PULANG"

Kerana Allah aku Cinta padamu...

Awak tak perlu jadi lemah lembut pada saya..
Awak tak perlu hubungi saya.....
Awak tak perlu gedik-gedik dengan saya..
Awak tak perlu manja-manja dengan saya..
Awak tak perlu call saya..
Awak tak perlu sms saya..
Saya pun tak perlu romantik-romantik dengan awak..

TAPI..
Awak perlu JADI ISTERI SAYA, automatik awak akan jadi begitu untuk saya..dan automatiknya saya akan jadi lelaki LEMAH LEMBUT DAN PENYAYANG untuk awak walaupun saya gagah..♥♥
 
(Bicara seorang mujahid)

Terima kasih kerana MEMAHAMI.. 

May 14, 2012

Selamat Hari Ibu..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Ibu, Mak saye...Puan Azizah binti Shuhud....
Banyak jasa mak yang tak terhingga...yg tak dapat dibalas...
terlalu tinggi...kasih sayang mak tiada tandingannya....
Mak lah penasihat..
Mak lah idola...
Mak lah penguat semangat....
Mak pemberi semangat...
Mak pendorong...
Mak sentiasa ada untuk memberi nasihat....

Banyak kenangan bersama mak...
Moga mak dan abah dapat menjalani ibadah umrah dengan jayanya...
Moga peroleh umrah yg mabrur....
Siti sayang mak sangat2.....Mak lah segalanya....
Siti tak sabar nak balik kampung ujung minggu ni...
Banyak nasihat dan peringatan mak....
Walaupun benda da isinya diulan-ulang tiap kali...
Tiada jemu aku mendengarnya....
Nak gotong-royong nanti...
Nantikan kepulangan ct...kita wat kek nanti ye...
Sayang mak sangat2....


May 8, 2012

Denyut Kasih Medik #1

 Langkah bermula..



Dalam situasi yang agak sukar bagi mereka ketika itu, hati mereka lebih lunak untuk mendengar nasihat daripada orang yang sedang menolong mereka. Mereka golongan yang perlu dididik, bukan untuk dicemuh. Apa yang mereka lakukan menggambarkan kekosongan jiwa, tiada pengisian yang berfaedah dan juga kurang didikan daripada penjaga~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere