Saat diri mula mendekatkan diri kepada-Nya, datang satu lagi masalah yang menerjah minda. Selera makan hilang lantas berfikir. Apakah salahku? Mengapa aku difitnah sebegini rupa? jawablah. Aku tidak pernah melakukan perkara yang difitnah itu. Sungguh. Memang aku jahat dan jahil sebelum ini. Tapi, percayalah. Aku mahu berubah. Mengapa ada yang memfitnah sebegitu rupa? Adakah disebabkan dengki dan dendam? aku tidak pernah berdendam dengan siapa2. terutamanya orang yg tidak dikenali. Mengapa memfitnahku? Adakah tidak suka dengan kebahagiaan yang aku ada ini? Mana mungkin. Aku manusia biasa-biasa sahaja.Sudahlah. Jangan merosakkan hati dan perasaan orang lain. Berkata benarlah walaupun ia pahit. Buangkan lah hasad dengki sesama manusia. Bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat itu masih lagi terbuka buat hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
No comments:
Post a Comment