Aug 16, 2011

300 guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat ...

Assalamualaikum...
Mulai tahun hadapan, 2012..300 guru bahasa Inggeris dibawa masuk ke negara kita utk mengajar bahasa Inggeris.

Ia bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah yang dilihat masih lemah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Yang kita ambil batch pertama untuk mengajar membimbing guru, tapi yang kedua besok, dari Full Bright kita akan tempatkan di sekolah-sekolah terpilih untuk mengajar. Yang kedua itu, untuk mengajar Bahasa Inggeris."

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pada sesi pertama, sebilangan guru dari Amerika Syarikat sudah dihantar ke Terengganu bagi membimbing guru.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji sama ada sekolah dibenarkan untuk membuat pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Kajian itu perlu dalam konteks kerajaan telah memutuskan dasar memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuhkan Bahasa Inggeris sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat tanpa menimbulkan sebarang masalah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere