Nov 2, 2011

Wanita dan Pokok Semalu...

wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 



Pertama

pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 

Kedua 

semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 

Ketiga

semalu juga menpunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 

Dan akhir sekali 

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere