Jan 17, 2013

Bukan Aku Tak Kuat..

Bukan aku tak kuat
Bukan aku tak mampu
Bukan aku tak mencuba

Aku sebenarnya telah merajuk
Aku nekad dengan keputusan ini
Aku tak mahu lagi menanggung dosa
Aku sudah tidak berdaya

Walau hanya beberapa bulan
Walau ku cuba untuk mengekalkan diri

Aku sudah jauh hati
Aku tak mahu lagi menanggung rasa kecewa
Setiap kali di sini

Aku takkan kembali di sini
Saban hari mendengar orang-orang kutuk mengutuk sesama sendiri
Aduhai...
Sabar sahajalah
Aku tak mahu lagi ke lembah itu

Aku mahukan yang lebih baik
Disamping aku memperbaiki diri sendiri
Aku memerlukan insan yang dapat membimbingku

Hidup ini tak lama
Bumi sudah tua

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere