Jun 15, 2011

16 Jun 2011 Gerhana Bulan di Malaysia..


Assalamualaikum...


Hari ini, 16 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H..penduduk di Malaysia bakal menyaksikan gerhana bulan penuh. Gerhana bulan bulan jarang-jarang sekali berlaku. Mengikut astronomi, gerhana bulan akan bermula pada 1.22pagi ini, di mana ketika itu bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada 2.22 pagi. Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 3.21 pagi sehingga 5.02 pagi. Kemuncak gerhana berlaku pada 4.12 pagi..marilah sama-sama kita saksikan..:)
Laluan Bulan akan hampir garisan tengah bayang-bayang umbra.


Bagaimana gerhana Bulan terjadi?

Gerhana Bulan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan permukaan Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi. Ia terjadi apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garis lurus yang sama sehingga sinar Matahari tidak dapat sampai ke Bulan kerana terhalang oleh Bumi.

Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.

Cara Solat Kusuf :

Niat:




Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud.
Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bangun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah.
Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa.
Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa.
Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

-sekian-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere