Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan mengalami gegaran berikutan gempa di Sumatera jam 11:01 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa kekuatan 5.5 Skala Richter di Sumatera Utara mula dikesan jam 8:08 minit pagi.
Di Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima sembilan panggilan kecemasan.
Tiga blok bangunan pejabat kerajaan di Precint 1 dan satu blok bangunan kediaman di Presint 14 antara lokasi yang paling ketara mengalami gegaran.
Panggilan pertama diterima seawal jam 8:13 minit daripada kakitangan kerajaan di Parcel C yang menempatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Perangkaan.
Susulan daripada itu, seramai 23 anggota bersama tiga buah jentera yang di ketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Timbalan Penguasa Mohd Hafiz Yaakob digerakkan ke lokasi terbabit.
Hasil tinjauan selama setengah jam bersama Jabatan Kerjaraya Putrajaya mendapati tiada keretakan besar dikesan di semua bangunan terbabit.
PKB II JOHARI AHMAD/PEMANGKU PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT PUTRAJAYA
"Pemeriksaan dilakukan bersama Jabatan Kerjaraya, pegawai-pegawai dari Jabatan Kerjaraya dan masa yang diambil lebih kurang setengah jam. Selepas memastikan tiada berlaku keretakan, kerosakan yang besar, kami telah mengarahkan penghuni bangunan tu masuk ke pejabat masing-masing dan meneruskan pekerjaan. "
Tinjauan kali kedua oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat petang tadi juga mendapati tiada kesan baru yang boleh menjejaskan struktur bangunan berkenaan.
-sumber: buletin TV 3-
No comments:
Post a Comment