Jul 26, 2011

Mahu duduk di celah ketiak mak...

Mak...
Anakmu ini mahu pulang...
Mahu pulang ke pangkuanmu..
Mahu duduk di celah ketiakmu...
Mahu tidur diribaanmu...
Mahu dibelai rambut...
Mahu dimasakkan makanan yang sedap-sedap...

Mak...
Anakmu ini semakin dewasa...
Mahu menjadi matang...
Sematangnya emak..
Sematangnya abah...

Anakmu ini tiada banyak masanya..
Setelah tamatnya belajar di menara..
Hanya 2 minggu di rumah..
Tidak cukup mak...
Kerna cakap mak...
Anakmu ini pergi...
Mahu dirinya berdikari..

Mak..
Anakmu ini mahu pulang..
Mahu kata-kata semangat mak...
Mahukan kata-kata semangat abah..
Mahu belai rambut mak...
Mahu kucup pipi mak dan abah..

Mak..
Anakmu ini manja...
Manja walaupun dah dewasa..
Masih mahu nasihat mak...
Kata-kata mak..

Mak..
Anakmu ini tidak cukup kuat lagi sebenarnya..
Tidak sekuat hati abah..
Cepat benar gugurnya air mata...

Mak...Anakmu ini mahu pulang...
Secepatnya..
Ke pangkuan emak dan abah di desa...
Kerna anakmu ini begitu merindui orang tuanya...

-11.34PM-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recently post

get this widget

Blog is everywhere